5 September 2015

PROMOSI SEPTEMBER 2015


Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

2 September 2015

BAGAIMANAKAH KAEDAH RAWATAN DI HOSPITAL?

Ada antara pesakit yang begitu risau bila perlu ke hospital.  Ada juga yang mengambil langkah mudah dengan menganggap bahawa penyakit dihidapi tidak merbahaya lantas tidak mahu ke hospital.

Sebaliknya, mereka lebih gemar merawat penyakit sendiri dengan menggunakan produk-produk di luar tanpa sebarang rundingan daripada doktor atau ahli farmasi.  

As a pharmacist, I am trained to use evidence-based medicine to treat and manage diseases.  Kami mempraktikkan rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan yang telah terbukti berkesan untuk merawat sesuatu penyakit.

Pun begitu, kita perlu faham bahawa tidak semua penyakit mampu diubati sepenuhnya.  Sebab itu, dalam merangka pelan rawatan bagi pesakit, para doktor dan ahli farmasi akan meletakkan terlebih dahulu sasaran atau objektif rawatan.

Objektif rawatan dirangka dengan begitu teliti bagi untuk kebaikan para pesakit.  

Saya tunjukkan satu objektif rawatan bagi pesakit community acquired pneumonia, iaitu sejenis penyakit yang mudah tersebar melalui udara lalu menyerang peparu. 

Berikut contoh objektif rawatan yang saya sediakan bagi pesakit community acquired pneumonia.



Pelan rawatan ini saya rangka selepas mengambil kira keputusan makmal lain seperti FBC (Full Blood Count), Liver Profile, Renal Profile, dan sebagainya.

Ubat-ubat yang dicadangkan pula disokong oleh kajian-kajian klinikal.

Jadi begitulah keadaanya jika pesakit dimasukkan ke hospital.  Objektif rawatan akan disediakan khusus untuk mereka berdasarkan keputusan ujian makmal semasa pesakit.

Pun begitu, satu perkara yang kita perlu faham ialah sistem imun kita memainkan peranan yang cukup penting dalam merawat penyakit.  Sebab itu, selain daripada rawatan konvensional, kaedah rawatan dengan memperhebat sistem imun terbukti amat membantu dalam rawatan penyakit.

Jadi, selain mendapatkan rawatan di hospital, saya menggalakkan anda mempertingkatkan sistem imun.  Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan penyakit anda.

Saya boleh dihubungi di talian 013-2035667.

13 Oktober 2014

WUJUDKAH VAKSIN TERHADAP HIV? (bahagian 2)

Kajian terhadap penghasilan vaksin untuk penyakit AIDS telah dijalankan sejak sekian lama. Bagaimanapun, saintis menghadapi cabaran besar dalam menghasilkan vaksin untuk AIDS disebabkan beberapa faktor.

1) Virus HIV menunjukkan variasi genetik dalam setiap individu. I

2) Virus HIV menyerang dan memusnahkan sel T-limfosit. Ia bertindak secara terus ke atas komponen yang paling penting dalam sistem imun.

3) Sistem imun menghadapi masalah untuk mengenalpasti virus HIV yang tidak aktif di dalam badan.

Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan kajian penghasilan vaksin terhadap AIDS menjadi semakin rumit. Terdapat banyak kajian vaksin AIDS ini. Ada antara kajian tersebut telahpun sampai ke fasa ujian klinikal, namun sehingga kini belum ada yang menunjukkan keberkesanan yang dinginkan (lihat gambar).




Buat masa ini, bagi pembawa virus HIV, pilihan yang mereka ada ialah dengan menggunakan ubat-ubatan antiviral. Alternatif lain ialah dengan menggunakan makanan tambahan bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, ia boleh diajukan di laman FB rasmi kami di sini.

14 Mac 2014

TF TESTIMONI

Saya ingin berkongsi satu testimoni menarik mengenai transfer factor.