5 Februari 2012

UJIAN DARAH HIV - ELISA

Salam semua.
Untuk entri kali ini, mari kita berbincang tentang ujian darah bagi mengenalpasti virus HIV.

Bagi screening test, ujian yang biasa dilakukan ialah ujian ELISA.
ELISA maksudnya Enzyme Linked Immuno- Sorbent Assay.

Dengan 99% ketepatan, ujian darah ELISA ini mampu untuk mengenalpasti antibodi HIV dalam sampel darah. Ujian darah ELISA tidak mengesan virus HIV secara terus, sebaliknya ia mengesan antibodi kepada HIV.

Untuk makluman, jika terdapat virus HIV dalam darah seseorang itu, badan akan menghasilkan satu antibodi khas bagi virus tersebut.  Maka, ketika ujian ELISA dilakukan, ia akan menunjukkan kehadiran antibodi itu jika ada.

Pun begitu, perlu diingat bahawa antibodi itu mengambil masa untuk dihasilkan (sehingga 6 bulan).  Jadi, walaupun seseorang itu dijangkiti virus HIV, ujian darah ELISA mungkin akan menunjukkan bacaan Negatif disebabkan jumlah antibodi HIV yang sedikit. Ia dipanggil 'window period'.

Oleh itu, adalah wajar untuk ujian darah ELISA dilakukan selepas 3 bulan daripada tarikh kemungkinan anda mendapat virus.  Biasanya, dalam masa 3 bulan, jumlah antibodi HIV sudah cukup banyak untuk dikesan oleh ujian darah ELISA (terdapat juga sehingga 6 bulan namun amat jarang).

Juga, jika ujian darah didapati positif, ujian darah itu perlu diulang semula bagi kepastian.  Juga ujian darah dinamakan Western Blot perlu dilakukan.

Bagi ujian ELISA, sekiranya anda berminat untuk melakukan ujian tersebut, anda bolehlah melakukannya di klinik.  Namun, sekiranya anda berminat untuk pergi sendiri ke makmal swasta, anda bolehlah melakukannya di beberapa makmal swasta seperti Pathlab, BP Healthcare, dan lain lain lagi.

Ujian darah HIV ini kosnya sekitar RM 50 jika dilakukan di makmal swasta.

untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman web Pathlab di http://www.mypathlab.com

Senarai lokasi dan nombor telefon makmal tersebut seluruh Malaysia turut dipaparkan.

Ujian darah HIV juga boleh didapati percuma di klinik - klinik kerajaan.

Usah risau untuk melakukan ujian darah.  Lebih baik ketahui status daripada awal supaya sistem perahanan badan dapat digandakan lebih awal.

Jadi, mengapa risau? Bukankah ada 4life transfer factor?

emailkan pertanyaan anda di adlan4life (a) gmail . com
(sila gantikan (a) dengan @)