11 Mac 2013

BLOOD DISORDER - LEUKEMIA

Salam semua. Kali ini saya ingin berbincang tentang masalah darah.

Masalah gangguan darah boleh menjejaskan mana-mana 3 komponen dalam darah iaitu:

1) sel darah merah - mengangkut oksigen ke tisu badan.
2) sel darah putih - pertahanan badan / melawan jangkitan
3) platelet - membantu dalam pembekuan darah

Antara penyakit yang menjejaskan sel darah merah termasuklah:

  • Anemia
  • Thalassemia
  • Malaria

Penyakit yang menjejaskan sel darah putih pula seperti ini:

  • Leukemia
  • Multiple myeloma
  • Lymphoma

Untuk entri kali ini, saya ingin fokuskan pada leukemia.

Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang mana sel darah putih yang belum matang (lymphoblast) dihasilkan.   Sel - sel yang tidak normal ini gagal menjalankan fungsi asalnya iaitu untuk tujuan pertahanan badan.  Sel-sel ini terkumpul di tulang sumsum dan juga darah.  Disebabkan masalah ini, tulang sumsum gagal menghasilkan sel darah merah, sel darah putih, dan platelet yang mencukupi.

Sel darah putih yang belum matang ini boleh juga merebak ke organ lain seperti hati, buang pinggang, dan peparu.

ETIOLOGI ATAU PENYEBAB PENYAKIT INI

Punca sebenar masalah leukemia ini masih belum diketahui.  Namun begitu, beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi leukemia.

1) Virus - sejenis virus dipanggil HTLV-1 (Human T-lymphotropic virus type 1), iaitu retrovirus yang telah dikenalpasti menjadi penyebab kepada masalah acute T lymphocytic leukemia (ALL).

2) Radiasi

3) Faktor genetik

4) Lemah sistem imun.

JENIS - JENIS LEUKEMIA

Leukemia dikenalpasti menerusi jenis sel iaitu lymphoblast atau myeloid.

Lymphoblast ialah sel yang akan membentuk lymphocytes (limfosit).
Bagi myeloid pula, ia membentuk granulocytes,platelets, dan sel darah merah (red blood cell).

Oleh itu, berdasarkan kepada klasifikasi diatas, leukemia terbahagi kepada empat jenis:
  • Acute Lymphocytic Leukemia (ALL)
  • Chronic Lymphocytic Leukemia (CLL)
  • Acute Myeloid Leukemia (AML)
  • Chronic Myeloid Leukemia (CML)
Acute leukemia bersifat aggresif, yang mana ia berkembang dengan cepat dan masa yang singkat.
Chronic leukemia pula berkembang lebih perlahan.

Bagi pemahaman yang lebih mudah, saya letakkan dalam bentuk jadual mengenai Acute Myeloid Leukemia dan Acute Lymphocytic Leukemia .






DIAGNOSIS LEUKEMIA.

Untuk pemeriksaan fizikan, antara yang diperhatikan termasuklah:

  • pucat (paleness)
  • pembengkakan nodus limfa
  • bintik - bintik merah pada kulit (petechiae)
  • pembengkakan limpa dan hati
Pun begitu, pemeriksaan fizikal tidak mencukupi.  Maka, lab investigation adalah diperlukan yang mana pemeriksaan darah dilakukan untuk mengetahui jumlah kiraan darah.  Ujian darah lain diperlukan untuk mengetahui organ yang terlibat.  Bone marrow biopsy juga memberikan maklumat tentang jenis dan tahap penyakit.  


Dalam lapangan histologi, abnormaliti sel darah dilihat menerusi mikroskop.

Keadaan sel darah dalam keadaan normal.  a) erythrocytes (eritrosit), b)neutrophil, c) eosinophil, d) lymphocyte (limfosit).  Perhatikan limfosit berada pada keadaan normal.
Acute lymphoblastic leukemia (juga disebut Acute lymphocytic leukemia)

Acute Myeloid Leukemia

RAWATAN

Dalam perubatan konvensional, antara rawatan yang dilakukan termasuklah kimoterapi, radioterapi, dan pemindahan stem sel (stem cell transplantation).

Rawatan ini pula dibahagikan kepada 3 fasa, iaitu:

Induction (induksi)
Consolidation (pengukuhan)
Maintenance

Bagi rawatan induction chemotherapy, matlamatnya ialah untuk tujuan peredaan (remission).  Ini bermakna, sel leukemia tidak lagi dijumpai pada sampel tulang sumsum, dan juga kiraan darah berada pada paras normal.

Pun begitu, rawatan kimoterapi ini tidak semestinya bermakna pesakit bebas terus dari leukemia, sebaliknya sel leukemia berada pada tahap yang rendah dan mungkin bersembunyi pada bahagian tertentu dalam badan.

Biasanya, pesakit yang menjalani kemoterapi akan berjaya mencapai tahap peredaan (remission) ini, namun disebabkan sel leukemia masih lagi bersembunyi dalam badan, maka rawatan lanjut adalah diperlukan (consolidation dan maintenance).